Rabu, 01 April 2009

Bila ane jadi Khilafah ,negara yang pertama ane serang adalah iran,walaupun berkoalisi dengan kafir

Di Manakah Kebenarannya Seruan dan Propaganda Amerika/Israel untuk Iran?

Sebelum pilihanraya presiden 4 November 2008, Israel berlakon melancarkan propaganda untuk menyerang Iran sebelum Bush berundur dan Obama menaiki takhta presiden Amerika pada 20 Januari 2009. Dilaporkan sememangnya Israel telah mengemukakan saranan kepada Bush untuk melancarkan serangan sebelum ini, tetapi telah ditolak oleh Amerika. Bagaimana pun para think-tank zionist terus melancarkan propaganda kononnya Israel tidak teragak-agak untuk menyerang Iran secara bersendirian untuk memperkuatkan "khayalan palsu" nya kononnya Iran adalah 'musuh' utama dan nuklear Iran merupakan ancaman terbesar kepada dunia khususnya Israel.

Persoalan, benarkah Israel akan menyerang Iran sebelum 20 Januari 2009 sudah pun terjawab, sememangnya 'perang' tersebut adalah merupakan propaganda bagi menjana kekuatan imej Iran yang semakin intim dengan Britain, Perancis, German, Italy malah apatah lagi hubungan Iran dengan Russia dan China yang tidak mampu digugat oleh sesiapa terutamanya Amerika dan Israel.

Berdasarkan undian yang di lakukan oleh tenteradajjal.blogspot terhadap kira-kira 216 pengunjung blog kira-kira 42 % tidak mempercayai serangan Amerika terhadap Iran, sementara 47% pula berpendapat serangan berkenaan adalah propaganda semata-mata, sementara 7 % pula mempercayai kebenaran serangan ini bakal berlaku dan 5 % lagi memilih pandangan berkecuali.

Hakikatnya, benarkah Israel atau Amerika ingin menjajah Iran dan akan turut memenggal leher Ahmadinejad atau Khamenei seperti mana yang dilakukan oleh Amerika terhadap Saddam Husein selepas mereka bersama Iran menjajah Iraq pada 2003? Tidakkah semua mengetahui berdasarkan propaganda media Iran dan Barat permusuhan Iran dan Amerika serta Israel sangat sengit dan Iran bersikap sungguh biadap terhadap Amerika di meja rundingan PBB berkaitan isu nuklear dengan mempermainkan Amerika dan Barat seperti budak-budak mentah dengan menolak satu persatu resolusi PBB dan saranan Amerika terhadap Iran.

Hari terus berlalu, hari ini 20 Januari 2009, Bush sudah pun turun dari takhta presiden dengan 'accident' peristiwa sangat memalukan dibaling kasut oleh wartawan. Para think-tank zionist Amerika mengumumkan bahawa Obama akan meneruskan dasar Bush iaitu mengutamakan diplomasi terhadap Iran berkaitan isu nuklearnya, malah Obama menggunakan tema 'diplomasi serius' terhadap Iran sebagai kempen utama bagi meraih kepercayaan pengundi. Disebaliknya pula, mesej daripada pentadbiran Obama telah dihantar kepada Teheran untuk berdiplomasi secara rasmi tanpa sebarang syarat. malah menurut laporan pentadbiran Amerika sendiri sedang meikirkan calon yang paling layak mengisi jawatan duta Amerika untuk Teheran. Ianya disusuli lawatan rahsia pegawai Washington ke Teheran selepas rundingan antara William Burn dengan orang-orang Iran di Geneva bulan Julai tahun lalu. Ianya berpunca gesaan lima bekas setiausaha Amerika termasuk Medeleine Albright, Colin Powell, Warren Christopher, Henry A.Kissinger dan James Baker III supaya diadakan hubungan yang lebih luas dengan Iran.

Sementara Amerika dan Israel mengemukakan tarikh-tarikh palsu untuk serangan sebelum ini termasuk 20 Januari 2009 yang sememangnya ternyatalah kepalsuannya, mereka meneruskan propaganda yang telah dimulakan oleh Ronald Reagan terhadap pentadbiran Khomeini dengan tajaan slogan 'paksi kejahatan' namun hakikat sebenarnya telah diterjemahkan secara praktikal dengan penjualan senjata Amerika kepada Iran melalui Israel dalam skandal Iran Contra semasa Shimon Peres menjadi Perdana Menteri Israel, Khomeini menjadi pemerintah sebenar Iran, Ali Khamenei menjadi Presiden Iran, Bush Tua menjadi Timbalan Presiden Amerika ketika tahun-tahun 1982-88 ketika Iran berperang dengan Iraq yang dipimpin oleh Saddam Husein. Ironinya lewat tahun lalu, Shimon Peres presiden Israel sekarang telah mengumumkan serangan terhadap Iran iaitu negara kelahiran Shaul Mofaz, TPM Israel dan bekas Presiden Moses Katshav itu adalah sesuatu yang tidak relevan dan tidak rasional.

Benarkah serangan Israel atau Amerika terhadap Iran bakal berlaku pada masa depan? Jika benar, bilakah tarikh baru yang akan diumumkan? Siapa pula akan diperkudakan oleh Amerika untuk membawa perubahan rejim di Iran? Dan lebih jauh lagi, jika benar Russia akan melengkapkan nuklear Iran paling lewat 2011 ini, apakah Amerika tidak berfikir sekaranglah masa yang paling sesuai untuk melanyak Iran dan menggantung musuh utama Yahudi - Ahmadinejad seperti Saddam sebelum nuklear itu siap? Sebodoh itukah Amerika pada pandangan umum yang terkenal sebagai kepala perancang kepada segala peristiwa di Timur Tengah khususnya Palestin hari ini? Dan apakah mereka tidak mengkaji berdasarkan tindakan Amerika sebelum ini, terbukti mereka yang hanya berani menyerang negara yang terbukti tiada senjata nuklear seperti Vietnam, Afghanistan dan Iraq sebelum ini.

Kita tetap meyakini Iran pasti bekerjasama dengan Amerika pada masa depan kerana bumi Isfahan yang merupakan pusat teknologi nuklear Iran hari ini dan satu-satunya bandar terbesar Yahudi di Iran adalah tempat munculnya Dajjal atau Mahdi Syiah (Imam ke 12 Syiah = Messiah Dajjal). Dan Mahdi Syiah akan diikuti oleh Yahudi dan mereka akan bersatu dengan memilki teknologi amat canggih untuk bersama-sama memerangi umat Islam khususnya Ahli Sunnah. Sekadar mengulangi : "Dajjal akan diikuti oleh 70,000 Yahudi dari Isfahan mereka memakai al-Tayalisah" (jubah-jubah ulama' Syiah Iran hari ini) - Riwayat Muslim. Kebenaran hadis semakin menghampiri bersabarlah menganalisis berita dan berwaspadalah dengan perancangan tentera-tentera dajjal ini.

Tidak ada komentar:


ShoutMix chat widget